Onedry menjalin kerjasama strategik bersama ZK Racing selepas kedua-dua pihak memeterai satu perjanjian kolaborasi di Dewan B, MAEPS di Serdang, Selangor semalam.
Dalam perjanjian itu, Onedry akan memberi sokongan kepada ZKRacing serta menaja dua pelumba muda negara iaitu Hakim Danish dan Qabil Irfan.

Menurut Onedry, mereka mahu membuktikan komitmen jenama mereka dalam menyokong pembangunan bakat tempatan serta memperkasa atlet Malaysia ke peringkat lebih tinggi.
Melalui kerjasama ini, Onedry akan membekalkan kelengkapan perlindungan bertaraf dunia serta sokongan menyeluruh bagi membantu perjalanan Hakim Danish dan Qabil di arena tempatan dan pentas antarabangsa.
Onedry ialah syarikat yang menawarkan aksesori dan produk penunggang motosikal produk seperti baju hujan, pelbagai beg kalis air, jaket serta aksesori keselamatan lain.
Jurucakap Onedry, See Jia Jie berkata:
“Di Onedry, kami percaya bahawa barisan juara dunia masa hadapan berada di sini, di Malaysia. Kerjasama kami bersama ZK Racing untuk menyokong Hakim Danish dan Qabil Irfan adalah bukti dedikasi kami terhadap kecemerlangan dalam apa jua bidang.”
Pada majlis sama, Onedry juga mengumumkan beberapa barangan dan aksesori keluaran mereka iaitu:
- Onedry Raincoat Ultra: Standard baharu dalam perlindungan kalis air, direka khas untuk menghadapi persekitaran ekstrem.
- Onedry Boost 1.0 Backpack (30L): Beg galas kalis air berkapasiti tinggi untuk kegunaan lasak dan pengembaraan.
- Onedry Boost 1.0 Waist Bag: Beg pinggang fungsional dengan pilihan warna premium Hitam (Black) dan Kelabu (Stone Grey).
- Waist Bag Lite: Pilihan ringkas dan ringan untuk keperluan harian yang lebih praktikal.





