JPJ Melaka Warga Asing Toyota Wish

Saman dapat, kereta kena sita.

Itulah nasib dialami seorang warga asing selepas dia ditahan dalam operasi yang dijalankan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Melaka baru-baru ini.

Warga asing itu didapati memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish tanpa memiliki lesen memandu sah. Semakan lanjut mendapati, kenderaan itu tidak mempunyai cukai jalan (Lesen Kenderaan Motor – LKM) dan perlindungan insurans.

Kes bertambah rumit untuk warga asing itu apabila anggota penguat kuasa JPJ Melaka mendapati Toyota Wish itu sudah disalahgunakan untuk membawa barangan pertukangan.

JPJ Melaka memandang serius terhadap kesalahan yang dilakukan dan membuat sitaan ke atas kenderaan tersebut mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini