AFAZ Kencana Sport 115 (2026) ialah satu motor unik. Belum dilancarkan tapi sudah ada di sana sini.
Selepas dihebahkan memakai gelaran sebagai jenama motosikal nasional kedua Malaysia pada tahun 2023, tiada apa-apa cerita tentang model ini sehingga penghujung Disember 2025.
Secara senyap, model-model AFAZ Kencana Sport 115 mula timbul di beberapa kedai pengedar motosikal dengan harga asas jualan. Siap ada konvoi running in (break in) membabitkan puluhan motosikal AFAZ Kencana Sport 115 (2026) antara Selangor-Perak pada awal bulan ini.
Sekarang, ada 30 unit motosikal sudah diberi pinjam kepada wakil media permotoran dan kumpulan influencer/KOL dua roda untuk mereka uji.
Cerita terbaharu kali ini… ada seunit AFAZ Kencana Sport 115 (2026) diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Majlis serahan dibuat Pengerusi Eksekutif Kumpulan KMSB Motors, Ahmad Faez Yahaya sambil disaksikan Ketua Pengarah Urusan KMSB Motors, Datuk Jeffrey Lim Chee Sing dan Timbalan Pengarah KMSB Motors, Awalludin Mohammed Lip.
CERITA TENTANG AFAZ
Anda boleh baca cerita lain tentang AFAZ Kencana Sport 115 (2026) di laman Arena Motosikal iaitu:
- Spesifikasi AFAZ Kencana Sport 115
- Galeri gambar AFAZ Kencana Sport 115 merah dan biru
- Petanda kedatangan AFAZ
- Projek Supermoped AM-2?





