gambar tren komuter ktmb

Semua perkhidmatan tren KTM Komuter dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang akan dihentikan pada setiap hari Ahad bermula 3 Ogos hingga 28 September 2025.

Ini hanya bersifat sementara. Sebabnya tindakan menghentikan operasi perjalanan tren di semua laluan antara dua stesen tersebut adalah untuk kerja-kerja naik taraf sistem pembentung landasan.

KTMB menerusi satu kenyataan memaklumkan, tren Komuter ke Tanjung Malim pula akan bermula dari Stesen KL Sentral.

Sebagai alternatif, bas perantara tambahan disediakan di stesen laluan Pelabuhan Klang hingga Subang Jaya.

Sementara penumpang dari Subang Jaya disaran untuk menggunakan perkhidmatan alternatif seperti RapidKL atau e-hailing untuk ke KL Sentral.

Maklumat lanjut boleh diakses melalui laman www.ktmb.com.my.

Berikut jadual bas perantara alternatif yang disediakan KTMB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini