Boon Siew Honda turut memperbaharui model Honda Transalp untuk tahun 2025 dengan pembentukan semula bahagian hadapan motosikal berkenaan.
Walaupun membabitkan penggunaan komponen baharu, harga asas jualan Honda Transalp edisi 2025 masih sama iaitu RM56,800 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan kos pendaftaran.
Konsep pembaharuan membabitkan perubahan reka bentuk di bahagian kepala termasuk penggunaan visor angin berasaskan bahan Durabio.
Selain itu, lampu hadapan ditukar kepada jenis projektor berkembar LED untuk kadar pencahayaan lebih terang semasa menunggang di kawasan gelap.
Ada talaan sistem suspensi motosikal dilakukan. Pilihan warna disediakan adalah Ross White, Pearl Deep Mud Gray dan Graphite Black. Aspek lain kekal sama seperti model 2024.
Enjin masih dwi-silinder sebaris 270º Unicam bersesaran 755cc dengan penghasilan kuasa 67.5kW @ 9,500 rpm dan tork puncak 75Nm at 7,250rpm.
Ciri lain ialah motosikal itu masih mengekalkan lima mod tunggangan iaitu Sport, Standard, Rain, Gravel dan User (boleh ditala ikut selera penunggang).
Instrumen meter jenis TFT berwarna berukuran 5 inci siap lengkap dengan Honda RoadSync, ciri auto-cancelling lampu signal belok dan ada ESS (Emergency Stop Signal).
Jaminan pengilang tetap 2 tahun atau jarak 20,000km (mana-mana tiba dulu).











