WhatsApp Image 2026-02-03 at 15.50.30 (1)

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) membuat serahan 200 unit motosikal jenis Yamaha Tracer 9 GT kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini adalah pembekalan motosikal besar terbesar daripada HLYM untuk pihak PDRM setakat ini. Malah turut diperagakan ialah unit mock-up Yamaha Tracer 9 GT versi polis.

Hadir pada majlis penyerahan ialah Senior Asisten Komisioner Polis, Muhammad Hanif Othman, kumpulan pegawai PDRM dan pengurusan HLYM.

HLYM dalam satu kenyataan menjelaskan model itu dipilih atas faktor keselesaan tunggangan, prestasi tinggi, teknologi canggih, ketahanan serta kebolehpercayaan terbukti.

Tracer 9 GT akan dikhaskan untuk tugasan kawalan iringan peringkat tinggi dan rondaan khas.

Kenyataan sama menjelaskan, keyakinan PDRM turut diperkukuhkan oleh reputasi Yamaha dalam aspek kualiti dan kebolehpercayaan.

Kepercayaan itu juga disokong oleh rangkaian selepas jualan HLYM yang meluas dengan lebih 250 pusat Yamaha Quality Service (YQS) di seluruh negara serta sokongan alat ganti yang kukuh melalui Pusat Alat Ganti HLYM dan pengedar sah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini