JPJ Negeri Sembilan sita 10 kereta mewah gagal perbaharui cukai jalan dan insurans

Sebahagian kenderaan mewah yang disita JPJ Negeri sembilan kereta gagal memperbaharui cukai jalan dan insurans

Sebanyak 10 buah kenderaan mewah antaranya Porsche Taycan, Toyota Alphard dan Mini Cooper dan Countryman di sita JPJ Negeri Sembilan sepanjang tahun ini kerana gagal memperbaharui insurans dan cukai jalan.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusof berkata, dalam tempoh tersebut, sebanyak 10 kenderaan mewah yang disita antaranya Porsche Taycan, Toyota Alphard dan Mini Cooper dan Countryman.

“Amat dikesali apabila masih terdapat pemilik kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit yang mengabaikan tanggungjawab memperbaharui LKM (cukai jalan) dan insurans, malah memberikan alasan seperti lupa.  Satu justifikasi yang tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Hanif (tengah) memeriksa salah seiah kenderaan mewah yang disita jabatannya ketika sidang media di Seremban semalam.
Hanif (tengah) memeriksa kereta sport mewah jenama Porsche yang disita kerana gagal memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan.

Menurutnya, JPJ memandang serius isu tersebut kerana kenderaan tanpa perlindungan insurans dah boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan awam.

“Sekiranya berlaku kemalangan, ketiadaan perlindungan ini menyebabkan pihak lain terpaksa menanggung beban kerugian dan pampasan,” jelas beliau.

Katanya, Semua kenderaan terbabit telah dibawa ke depoh simpanan JPJ Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut dan tindakan susulan.

Dalam perkembangan sama katanya, laporan statistik penguatkuasaan JPJ Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini menunjukkan jumlah kesalahan yang membimbangkan.

  • 10,435 kes melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.
  • 7,812 kes melibatkan kenderaan tanpa perlindungan insurans yang sah.

Tindakan sitaan diambil berikutan pelbagai pelanggaran serius di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, antaranya;

  • Seksyen 23(1) – Penggunaan kenderaan tanpa Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah.
    Seksyen 26(1) – Memandu tanpa Lesen Memandu Kompeten (CDL) atau Lesen Memandu Percubaan (PDL) yang sah.
    Seksyen 90(1) – Ketiadaan perlindungan insurans yang sah.
Antara kenderaan yang disita JPJ Negeri Sembilan
Antara kenderaan yang disita JPJ Negeri Sembilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini