MODA X 400

Selepas melancarkan model MODA Sporter S pada Januari lalu, satu lagi model baharu akan dilancarkan dalam masa dua hari lagi.

MODA ialah jenama skuter yang diuruskan syarikat Mdua Motor iaitu anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI). Jika melayari media sosial, anda akan lihat banyak gambar dan video teaser tentang model baru MODA.

Sebenarnya, model yang akan dilancarkan ini dipercayai skuter MODA Shifter 400X yang pernah dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025 baru-baru ini.

Skuter ini menggunakan enjin satu silinder 333cc SOHC dengan penyejukan cecair dan suntikan bahan api. Kuasanya dikatakan 29hp @ 7,000rpm dan 33.5Nm @ 5,500rpm. Sistem pacuan tali sawat menerusi transmisi CVT.

Skuter dengan tangki minyak 31 liter ini menggunakan saiz rim 14 dengan tayar 120/70 (depan) dan rim 13 inci tayar 150/70 di belakang. Brek jenis cakera depan an belakang siap beserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan-belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini