Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan tawaran dua pilihan set panel badan (cover set) edisi khas untuk model motosikal Yamaha LC135 FI ke pasaran tempatan.
Harga yang disyorkan untuk setiap set panel badan itu ialah RM480 dan jumlah yang disediakan adalah terhad. Pilihan warna disediakan ada dua iaitu:
- Yamaha Team ASEAN Blue – Padu dan bertenaga, menyerlahkan jiwa perlumbaan sejati Yamaha.
- Redracer – Menyerlah dan dominan, sesuai untuk penunggang yang berani dan penuh keyakinan.
Setiap cover set ini hanya boleh didapati menerusi rangkaian pengedar sah Yamaha di seluruh negara.




