Untuk mereka yang ada di Terengganu dan masih ada saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang belum dijelaskan, ini mungkin berita yang anda tunggu.
Anda boleh bayar hutang saman polis ini dengan diskaun 50 peratus di Kompleks Baharu Pasar Payang Kuala Terengganu bermula Khamis (10 Julai 2025) sehingga Sabtu ini (12 Julai 2025).
Potongan harga saman trafik tertunggak ini akan diadakan bersempena penganjuran Program MADANI Rakyat 2025 peringkat Negeri Terengganu yang bermula seawal pukul 9 pagi sehingga 6 petang.
Ini butirannya:
- Tarikh: 10 – 12 Julai 2025
- Lokasi: Pasar Payang, Kuala Terengganu
- Masa: 9 pagi – 6 petang
