Honda Vario 125 (2025) launch in Malaysia

Boon Siew Honda mengumumkan tambahan pilihan warna baharu untuk skuter popular Honda Vario 125 untuk tahun 2025.

Sebanyak dua warna baharu diperkenalkan iaitu Matte Blue (biru kusam dada merah) dan Vibrant Blue (biru dada putih).

Dua warna baharu ini akan menjadikan jumlah warna Vario 160 menjadi empat termasuk dua warna sedia ada iaitu Magenta dan  Silver (perak).

Skuter dengan dua warna baharu ini sudah boleh didapati di semua kedai Honda IMPIAN X sejak Sabtu lalu.

Harga asas bermula dari RM7,268 iaitu tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Harga asas ini adalah sama seperti tahun lalu semasa pengenalan empat warna semasa (Magenta, Silver, Black dan Red).

Semakan di laman web Boon Siew Honda mendapati tiada lagi paparan warna merah dan hitam.

Jaminan pengilang adalah 2 tahun atau 20,000km, mana-mana tiba dulu.

CIRI MENARIK HONDA VARIO 160

  • Sebuah skuter untuk kegunaan harian dan jimat petrol. Ada penarafan EEV dari MIROS.
  • Dilengkapi sistem kekunci pintar Honda Smart Key System.
  • Meter digital penuh.
  • Sistem brek kombi (CBS – Combi Brake System)
  • Ada soket pengecas USB dalam kotak simpanan depan.
  • Sistem pencahayaan LED penuh.
  • Ruang simpanan bawah tempat duduk sebesar 18 liter
  • Ada ciri sistem henti-lahu (ISS – Idling Stop System)

SPESIFIKASI HONDA VARIO 160

Ini adalah perincian spesifikasi Honda Vario 160 (2025) yang ditawarkan di pasaran Malaysia:

Enjin

  • Enjin 4-lejang silinder tunggal SOHC eSP
  • Kapasiti enjin 124.9cc
  • Menggunakan sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api (PGM FI)
  • Gerek x lejang: 52.4mm x 57.9mm
  • Nisbah mampatan: 11: 1
  • Kuasa output 11.5hp @ 8,500rpm
  • Tork puncak 11.7Nm @ 5,000rpm
  • Sistem transmisi automatik

Dimensi

  • 1,918mm panjang x 679mm lebar x 1,066 tinggi
  • Jarak roda: 1,280MM
  • Ketinggian tempat duduk: 769mm
  • Jarak bumi: 131mm
  • Berat 112kg

Lain-lain

  • Rim aloi 14 inci tayar 90/80 (depan), saiz 100/80 (belakang)
  • Fork depan teleskopik biasa, belakang monoshock
  • Sistem brek cakera tunggal (depan), brek dram di belakang

GALERI GAMBAR HONDA VARIO 125 (20205)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini