Yadea Malaysia mengembangkan tawaran produk skuter elektrik (EV) penuh dengan pelancaran model terbaharu mereka iaitu Yadea GT20 pada 18 Jun 2025.
Ini adalah model skuter elektrik kedua Yadea diperkenalkan di pasaran Malaysia selepas model Yadea E8S Pro pada Mei 2023. Ini adalah beberapa maklumat mengenai Yadea GT20 di Malaysia dan spesifikasinya:
Harga
- Yadea GT20 merupakan antara skuter elektrik mampu milik dengan harga asas yang dikenakan tidak melebihi RM5,000 dan tag harga itu boleh membantu lebih ramai pengguna beralih atau memiliki sebuah skuter elektrik
Harga Yadea GT20 di Malaysia
- Skuter elektrik Yadea GT20 dijual dengan harga asas RM4,998 dan ini tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Boleh beli di mana?
- Yadea GT20 boleh didapati menerusi rangkaian pengedar sah MForce Bike Holdings di seluruh negara.
Berapa warna pilihan Yadea GT20?
- Ada 3 warna pilihan disediakan iaitu:
- Metal Grey
- Dark/Orange
- Green/Gold

Rangkaian Kuasa Yadea GT20
- Yadea GT20 ialah skuter elektrik penuh berasaskan bateri (BEV) dan tidak menggunakan petrol.
Motor elektrik Yadea GT20 dan prestasi?
- Motor elektrik jenis hab roda (wheel hub)
- Kuasa maksimum 3,200w
- Tork maksimum 160Nm.
- Kebolehan mendaki sehingga 15º
Bateri Yadea GT20
- Pengguna perlukan masa antara 6 jam hingga 8 jam untuk mengecas bateri Yadea GT20.
- Skuter Yadea GT20 menggunakan bateri jenis graphene berkapasiti 72V 38Ah.
- Yadea GT20 menawarkan jarak tunggangan kira-kira 105 kilometer dengan setiap cas bateri penuh.
- Yadea GT20 boleh dicas sehingga 500 kali.
- Skuter EV ini ada sistem penjanaan semula tenaga (energy recycling) dan proses ini berlaku semasa membrek atau menurun kawasan berbukit.
Dimensi Yadea GT20
Skuter berasaskan bateri ini memiliki saiz sederhana seperti berikut:
- Panjang 1,857mm
- Lebar 690mm
- Tinggi 1,120mm
- Tinggi tempat duduk 768mm
- Panjang tempat duduk 700mm
- Jarak dari bumi 140mm hingga 150mm
- Panjang tempat letak kaki 350mm
Berapa liter ruang simpanan bawah tempat duduk?
- Ruang simpanan bawah tempat duduk Yadea GT20 ialah 28 liter.
Jenis lampu apa digunakan?
- Yadea GT20 dilengkapi dengan lampu LED hadapan dan belakang
- Low beam: Sekitar 4,000 candela (CD)
- High beam: Sehingga 22,000 candela (CD)
Meter digital atau analog?
- Skuter elektrik Yadea GT20 menggunakan instrumen meter digital dengan paparan maklumat secara masa nyata (real time).
Yadea GT20 berapa mod tunggangan?
- Ada dua mod tunggangan disediakan untuk Yadea GT20 iaitu Eco dan Sport.
Berapa saiz rim dan tayar?
- Rim digunakan diperbuat daripad aloi aluminium dan berukuran 12 inci. Tayar depan dan belakang saiz sama iaitu 80/90.
Jenis brek digunakan?
- Yadea GT20 menggunakan brek cakera untuk roda depan dan belakang. Dilengkapi dengan siSTEM BREK KOMBI (Combined Braking System – CBS)
Apa lagi Yadea GT20 ada?
- Side Stand Cut-Off – sistem potong kuasa automatik apabila tongkat sisi diturunkan.
- Tempat duduk ergonomik
- Penyandar belakang pembonceng (pillion backrest)
- Bar pembonceng (grab bar)
- Ruang simpanan depan
- Port pengecasan USB Type-A
- Cangkuk tersembunyi (hidden hook)















