Aveta Motor Malaysia: Kami Tak Ada Kaitan dengan Demak

Selain isu enjin Honda, ada juga satu cerita lama tentang jenama motosikal Demak. Untuk mereka yang kurang kenal jenama ini, Demak pernah jadi jenama popular di Malaysia untuk suau tempoh sebelum hilang dari pasaran.

Macam-macam cerita timbul tentang Demak sebelum jenama itu ‘ghaib’ dan cerita bersambung sehingga hari ini. Beberapa hari lalu, Aveta Motor Malaysia menyiarkan satu kenyataan yang memetik nama Demak.

Kenyataan pertama dalam Bahasa Inggeris dikeluarkan pada 3 Jun 2025 di Facebook dengan tajuk 𝐂𝐥𝐚𝐫𝐢𝐟𝐢𝐜𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐨𝐧 𝐁𝐫𝐚𝐧𝐝 𝐎𝐰𝐧𝐞𝐫𝐬𝐡𝐢𝐩 𝐚𝐧𝐝 𝐀𝐟𝐟𝐢𝐥𝐢𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐨𝐟 𝐀𝐯𝐞𝐭𝐚 𝐌𝐨𝐭𝐨𝐫 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.

Kenyataan kedua disiarkan sehari selepas itu menggunakan Bahasa Malaysia dengan tajuk: 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐯𝐞𝐭𝐚 𝐌𝐨𝐭𝐨𝐫 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.

Apa yang Aveta Motor Malaysia hendak sampaikan ialah satu mesej mudah iaitu Aveta bukannya Demak. Aveta ialah Aveta dan tak ada kaitan dengan Demak.

Aveta Motor Malaysia juga menjelaskan mereka ialah jenama milik sepenuhnya rakyat Malaysia. Jenama mereka diuruskan pihak Aveta Global Marketing iaitu duduk bawah Kumpulan MAG (MAG Group).

Ini kenyataan rasmi mereka dalam Bahasa Malaysia:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini