rali malaysia harley davidson 2026 - 2

Rali Malaysia Harley Owners Group (H.O.G.) 2026 melabuhkan tirainya pada 25 Januari lalu di Adena Beach Resort, Kuantan di Pahang.

Acara selama tiga hari itu disertai lebih 300 pemilik dan peminat Harley-Davidson daripada komuniti H.O.G. serantau. Berdasarkan maklumat, rali menghimpunkan chapter H.O.G. dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sabah (Kota Kinabalu).

Turut menyertai ialah peserta dari Singapura, Indonesia, China, India dan Korea Selatan.

Sebelum himpunan di Kuantan, Harley-Davidson Malaysia juga mencipta sejarah dengan penganjuran sulung Harley-Davidson Track Day di Litar Antarabangsa Sepang pada 11 Januari 2026.

Dua acara itu menyerlahkan spektrum pengalaman Harley-Davidson daripada tunggangan berprestasi tinggi di litar kepada semangat persaudaraan rali jarak jauh.

Berbeza dengan edisi terdahulu, rali tahun ini menyaksikan penglibatan keluarga dengan ramai peserta hadir bersama pasangan dan anak-anak.

Konsep berasaskan resort menjadikan acara ini bukan sekadar rali tetapi pertemuan komuniti selama beberapa hari.

Pengarah Eksekutif Didi Group, Juan Chow Wee berkata:

“Rali ini benar-benar mencerminkan semangat ‘United We Ride’. Penyertaan dari China, Korea Selatan, India dan Indonesia bersama ahli dari Malaysia dan Singapura membuktikan kekuatan rangkaian H.O.G. di rantau ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini