ZONTES Malaysia menjayakan himpunan antarabangsa Mega Gathering pertama mereka in Phuket, Thailand baru-baru ini.
Penyertaan kali ini membabitkan lebih 100 peserta yang juga pemilik skuter Zontes dari tiga negara iaitu Singapura, Malaysia dan Thailand.
Acara selama empat hari ini berlangsung dari 22 hingga 25 Januari lalu. Ini cerita perjalanan mereka:
- Pada 22 Januari 2026, sejumlah 85 pemilik skuter Zontes dari Malaysia dan Singapura merentas sempadan dari Jitra, Kedah ke Phuket.
- Mereka melengkapkan perjalanan sejauh 497km. Keesokan hari, seramai 25 pemilik Zontes di Thailand menyertai mereka untuk satu tunggangan konvoi bersama.
- Konvoi dengan peserta dari 3 negara ini bertolak dari ZONTES Experience Centre by Lifestyle Auto.
- Mereka mengelilingi Phuket dan peluang ini digunakan untuk merapatkan persahabatan dan mengeratkan lagi hubungan. Konvoi juga diiringi sekumpulan anggota Polis Thailand.
Tahun lalu, Zontes Malaysia ada menganjurkan ZONTES Mega Gathering di Kuala Lumpur khas untuk pemilik-pemilik jenama skuter tersebut di Malaysia.
Pengurus Pemasaran Eurotech Wheel Distribution, Goi Seong Keng berkata, himpunan kali ini bukan hanya satu acara antarabangsa tetapi satu pencapaian penting dalam usaha membina komuniti serantau.
Beliau berkata:
“Visi kami ialah satu jenama, satu komuniti. Phuket dipilih sebagai lokasi untuk memberi pengalaman budaya dan tunggangan berbeza selain mengeratkan lagi hubungan antara pemilik Zontes dari tiga negara.”