Kenderaan rosak di jalan raya mungkin pemandangan biasa di negara ini. Tapi berapa banyak kenderaan rosak yang menggunakan segi tiga kecemasan atau meletakkannya dengan cara betul bagi mengelakkan kemalangan?
Apakah segi tiga kecemasan?
Ia merupakan alat reflektif merah berukuran kira-kira 600mm berbentuk segi tiga sama sisi.
Bila ia perlu digunakan?
Ketika kenderaan anda mengalami kerosakan atau terlibat kemalangan untuk membolehkan pemandu lain melihat isyarat tersebut dari jauh dan memberi masa mencukupi untuk memperlahankan kenderaan atau mengelak sebarang risiko.
Dimanakan ia patut diletakkan?
Ia perlu diletakkan di lorong sama kenderaan rosak pada jarak 45 meter (147 kaki) atau kira-kira 60 langkah.
Selain itu, boleh juga melihat kedudukan tiang lampu. Kalau segi tiga kecemasan diletakkan pada jarak yang tidak sampai kedudukan antara dua tiang lampu kemungkinan besar jaraknya terlalu dekat.
Ini kerana kebiasaan lampu jalan di negara kita dipasang pada jarak 30 meter antara satu sama lain. Tapi ia bergantung pada lokasi yang mungkin ada sedikit perbezaan.
Berikut adalah panduan cara meletakkan segi tiga kecemasan
