Anda ada saman trafik polis tertunggak?
Mungkin ini masa yang sesuai untuk anda melangsai hutang saman kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk setiap saman.
Tawaran diskaun saman 30 peratus ini dibuat sempena majlis perlancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025. Anda boleh nikmati diskaun 30 peratus ini dengan berkunjung ke:
- Lokasi: Dataran Tanjung Emas, Muar
- Tarikh: 26 hingga 27 Julai 2025
- Jumlah diskaun: 30 peratus atas saman yang dikenakan
Bagaimanapun, pengurangan bayaran 30 peratus itu tertakluk kepada kesalahan trafik dilakukan. Saman trafik yang TIDAK LAYAK untuk diskaun 30 peratus ialah:
- Saman Kemalangan
- Saman Non Compoundable (NC)
- Saman Op Selamat
- Saman Bicara Mahkamah
- Saman Berkaitan Kenderaan Berat M/Lori
- Saman Kesalahan Potong Secara Bahaya/Potong Q
- Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan
- Saman Kesalahan Tidak Patuh Isyarat Lampu Merah
- Saman Kesalahan Memotong di Garisan Berkembar
- Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan