Suzuki GSX-8T dan Suzuki GSX-8TT.
Dua model motosikal terbaharu dari Suzuki Motor Corporation (SMC) yang akan ditawarkan ke pasaran global menjelang musim panas ini.
Sebagai permulaan, tumpuan jualan akan diberi ke pasaran Eropah dan Amerika Utara sebelum dikembangkan ke lokasi lain. Belum ada kepastian sama ada Malaysia juga akan menyambut kedatangan model ini dalam masa terdekat.
Apapun, mari kita lihat apa yang menarik tentang GSX-8T dan GSX-8TT.
APA MAKSUD T & TT?
Huruf T pada hujung nama model iada maksud tersendiri iaitu:
- GSX-8T: Titan
- GSX-8TT: Timeless Titan

Titan ini ialah nama yang pernah digunakan untuk panggilan model Suzuki T500. Model T500 ini adalah inspirasi kelahiran model GSX-8T dan GSX-8TT.
Dua motosikal ini mendukung imej neo-retro streetbike yang memaparkan gabungan elemen menarik dari model-model ikonik Suzuki. GSX-8T mewarisi gaya naked bike dari tahun 1960-an manakala GSX-8TT bergaya seperti model road racer 1970-an.
Bergaya retro tetapi dua motosikal itu hadir dengan bentuk badan lebih moden, dilengkapi teknologi terkini serta menggunakan enjin dan casis baharu.
Konsep dua model ini adalah sama iaitu Retro Spirit, Next Generation Performance. Secara asasnya, dua motosikal ini adalah sama termasuk ciri teknikalnya, dan bezanya hanya pada aspek kosmetik luaran.
APA PERSAMAAN GSX-8T & GSX-8TT?


Ada lapan ciri utama yang dikongsi bersama model Suzuki GSX-8T dan GSX-8TT edisi 2025 iaitu:
Lampu Depan
- Lampu depan tunggal berbentuk bulat (mono-round) yang diinspirasi daripada model-model Suzuki era 1960-an dan 1970-an. Untuk model Suzuki GSX-8T dan GSX-8TT, bahagian bawah lampu depan diratakan (flat-bottom).
Cermin Sisi
- Cermin sisi pada dua motosikal ini dipasang pada bahagian hujung bar hendal. Ini membolehkan kurang yang lebih terbuka di hadapan pandangan penunggang.
Tangki Minyak
- Tangki minyak Suzuki GSX-8T dan GSX-8TT direka dengan bentuk untuk memberi ruang kelegaan lebih baik semasa tunggangan. Kapasiti tangki minyak ialah 16.5 liter.
Bateri Litium Ion
- Dua motosikal ini menggunakan bateri litium ion dari ELIIY Power. Pernah suatu ketika sekitar tahun 2012, Suzuki membuat pelaburan berbilion Yen dalam ELLIY Power dan sekarang dikatakan Suzuki ialah pemegang saham utama dalam syarikat ELLIY Power.

Soket Pengecas
- Dua motosikal ini ada soket USB tapi jenis Type-C sahaja yang menyokong pengecasan pantas.
Penutup Sisi Enjin
- GSX-8T menggunakan penutup enjin berwarna hitam untuk memadankannya dengan keseluruhan konsep motosikal itu sendiri.
Penutup Peredam Bunyi
- Suzuki memilih untuk menggunakan penutup muffler jenis keluli tahan karat untuk menonjolkan lagi aspek ketulenan motosikal dan sifat mekanikalnya.
Enjin
- GSX-8T dan GSX-8TT berkongsi sistem enjin dan kotak gear sama. Huraian secara terperinci akan diletakkan di bawah artikel ini.

APA BEZA GSX-8T & GSX-8TT?
Walaupun banyak persamaan dan berkongsi komponen antara model Suzuki GSX-8T dan GSX-8TT. Suzuki masih menghadirkan perbezaan antara dua model tersebut.
Suzuki GSX-8T
Tempat Duduk

- Pelana GSX-8T mengambil ilham tempat duduk gaya tuck-and-roll tahun 1960-an dan 1970-an tetapi tetap dihasilkan menggunakan teknologi moden. Pelana itu memiliki busa ketumpatan tinggi untuk keselesaan dan pengalaman tunggangan premium.
Suzuki GSX-8TT
Kowl Lampu depan

- GSX-8TT mendapat kowl lampu depan khas yang diinspirasi dari motosikal mini faring lewat tahun 1970-an hingga awal tahun 1980-an. Saiznya agak kompak tetapi masih boleh membantu memberi perlindungan terhadap tamparan angin semasa tunggangan kelajuan tinggi.
Kowl Enjin

- Kowl bawah enjin GSX-8TT juga satu rekaan eksklusif dan membantu menguatkan imej sport model neo-retro itu.
Tempat Duduk

- Suzuki GSX-8TT menggunakan tempat duduk upholistri jahitan khas dan nampak lebih minimalis berbanding kembarnya.
SPESIFIKASI SUZUKI GSX-8T dan GSX-8TT
Enjin
- 2-silinder sebaris, sejukan cecair, DOHC
- Gerek x lejang: 84.0 mm x 70.0 mm
- Kapasiti enjin: 776 cc
- Nisbah mampatan: 12.8 : 1
- Sistem bahan api: Suntikan (FI)
- Kotak gear: klac manual 6 kelajuan
Dimensi
- Panjang 2,115 mm, lebar 775 mm, tinggi 1,105 mm.
- Jarak roda 1,465 mm
- Jarak bumi 145 mm
- Tinggi pelana 810 mm
- Berat kasar 203 kg
Suspensi
- Fork depan jenis terbalik (USD)
- Absober belakang monoshock
Brek
- Cakera berkembar untuk roda depan, cakera tunggal di belakang
Saiz tayar
- Tayar depan 120/70, tayar belakang 180/55. Rim saiz 17 inci
Tangki minyak
- 16.5 liter















