HONDA CB750 Hornet 2025 - 3

Selepas setahun berada di pasaran tempatan, Honda CB750 Hornet dan Honda XL750 Transalp mendapat sentuhan penambahbaikan untuk edisi 2025.

Artikel ini akan memberi tumpuan kepada Honda CB750 Hornet (2025) dan cerita tentang Honda XL750 Transalp (2025) akan disiarkan di sini.

APA BEZA HORNET 2025 vs 2024

Honda CB750 Hornet 2025 vs Hornet 2024

Harga Motor Turun

Honda CB750 Hornet membuat debut di tanah air semasa Malaysia Autoshow 2024 pada 22 Mei lalu. Kemasukannya ke pasaran bermula pada 31 Mei 2025 dengan harga asas jualan RM50,800 seunit (tak masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran).

Suatu perkembangan menarik ialah model Honda CB750 Hornet tahun 2025 ditawarkan dengan harga jualan asas lebih rendah iaitu RM49,999 seunit, juga tidak termasuk insurans cukai jalan dan pendaftaran.

Pilihan Warna

Honda CB750 Hornet (2025) didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu Matte Pearl Glare White (putih) dan Glint Wave Blue Metallic (biru).

Jika diimbas kembali, Honda CB750 Hornet (2024) pernah ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu Graphite Black (hitam), Pearl Glare White (putih) dan Mat Goldfinch Yellow (kuning).

Ada Perbezaan Komponen

  • Hornet edisi 2025 datang dengan susunan semula wajah depan dengan penggunaan lampu depan LED jenis projektor berkembar.
  • Tangki minyak meminjam inspirasi dari sayap lebah tebuan (Hornet), membantu membentuk bahagian hadapan yang lebih agresif.
  • Talaan semula fork Showa SFF-BP dan monoshock Pro-Link untuk memastikan respons lebih baik.
  • Meter TFT lebih mudah untuk dibaca. Ada fungsi navigasi dan akses kepada ciri asas telefon seperti terima panggilan dan mesej serta memainkan muzik.
  • Ini semua ada kaitan dengan Honda RoadSync pada Hornet, dapat bersambung dengan telefon pintar menggunakan Bluetooth.
  • Quickshifter bukan ciri standard tetapi disediakan sebagai opsyen untuk mereka yang mahukannya.
  • Aspek mekanikal kekal termasuk enjin CB750 Hornet.
  • Enjin jenis 2-silinder sebaris 755cc dengan kuasa 67.5kW @ 9,500rpm dan tork 75Nm @ 7,250rpm.
  • Jaminan 2 tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dulu)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini