AVETA Malaysia mencatat lebih 10,000 tempahan terkumpul untuk dua model skuter terbaharu mereka, Aveta Vanguard 250 dan Aveta NOVA 160 sejak dilancarkan di pasaran Malaysia tahun ini.
Pengumuman itu dibuat sempena majlis penyerahan 168 unit skuter Vanguard 250 dan NOVA 160 kepada pelanggan mereka menerusi satu majlis di Pulau Pinang pada Sabtu lalu.
Majlis penyerahan itu juga berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records sebagai acara penyerahan motosikal terbesar dalam sejarah Malaysia.
Pengarah Urusan Kumpulan Aveta, Steven Lim berkata:
Hari ini bukan sekadar acara penyerahan motosikal, tetapi juga satu perayaan semangat inovasi, komuniti, dan misi Aveta untuk menetapkan penanda aras baharu dalam industri dua roda negara.
“Kami berbesar hati dapat berkongsi detik bersejarah ini bersama para penunggang, pengedar dan rakan kongsi yang telah menjadi sebahagian daripada kejayaan Aveta.”
Hadir sama pada majlis itu ialah EXCO Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar Negeri Pulau Pinang, Datuk Haji Rashidi Zinol.











