zontes malaysia

Zontes semakin dikenali di Malaysia dan populariti jenama ini boleh dikatakan didorong oleh model-model skuter, bermula dengan siri 350 dan ditambah baik menerusi siri 368.

Kalau tak silap, jenama Zontes membuat kemunculan di Malaysia pada Februari 2019 dengan memperkenalkan empat model motosikal siri 310 sebelum memperkenalkan tiga motosikal siri 155 pada Disember 2021.

SIRI ZONTES 310
  • ZT310T1 (2 varian)
  • ZT310R1
  • ZT310V
  • ZT310X1
SIRI ZONTES 155

 

Namun, satu perkara yang sukar dinafikan ialah dua siri model itu (310 dan 155) ‘kurang berdaya’ membantu melonjakkan jenama Zontes di Malaysia.

Salah satu mungkin sebab model Zontes kurang mendapat sambutan ialah ini produk jenama China. Sudah tentu ramai pengguna (pada masa itu) masih ada persepsi dan rasa skeptikal terhadap barang buatan China.

Sambutan lemah terhadap produk Zontes juga mungkin disebabkan faktor lesen memandu memandangkan motosikal siri ZT310 memerlukan penunggang memiliki lesen motosikal kelas B Full.

Tidak dapat dipastikan sebab apa barisan model ZT155 juga gagal menambat hati pengguna. Mungkin jenama dan reka bentuk motosikal ini tidak menepati selera pembeli.

SKUTER PENYELAMAT ZONTES?

Tapi nasib jenama Zontes menampakkan perubahan semasa Zontes Malaysia meluaskan tawaran produk dua roda dengan meneroka segmen skuter. Ini disaksikan dengan pelancaran siri skuter maxi 350 (Zontes 350D dan Zontes 350E) pada Ogos 2023.

Satu keputusan memperkenalkan model yang tepat pada waktunya dan harga badan juga dilihat berpadanan dengan apa yang disertakan (ciri dan teknologi) pada model 350D dan 350E.

HARGA
  • RM23,800 untuk 350D
  • RM25,800 untuk 350E

Melihat kepada kejayaan siri skuter 350, Zontes Malaysia memperkenalkan tiga model skuter siri 368 di Malaysia. Model pertama yang dilancarkan ialah Zontes 368G dan diikuti 368D serta 368E di Malaysia Autoshow 2025.

Zontes 368G dilancarkan pada 2 Januari 2025 pada harga badan RM28,800 dan tempahan diterima selepas seminggu sudah mencecah 1,300 unit.

Semasa pelancaran model 368D dan 368E, Zontes Malaysia menyatakan tempahan untuk 368G sudah cecah 5,000 unit manakala penyerahan skuter kepada pelanggan pada waktu itu baru capai 1,000 unit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini