boon siew honda isu enjin untuk produk motosikal dan skuter Honda di Malaysia

Boon Siew Honda (BSH) yang terlibat dengan aspek pengeluaran dan jualan borong motosikal jenama Honda di Malaysia menyiarkan satu kenyataan hebahan untuk menjawab satu spekulasi mengenai enjin keluaran mereka digunakan pihak lain. 

Penjelasan yang diberikan itu berkait ketulenan enjin motosikal Honda. BSH menafikan enjin mereka dipasang dan digunakan motosikal bukan berjenama Honda.

BSH menjelaskan:

“Enjin yang digunakan dalam barisan model Honda adalah rekaan hak milik kejuruteraan eksklusif dan pembuatan pihak Honda. Teknologi termaju kami tidak dikongsi, dilesenkan atau dibekalkan kepada mana-mana jenama pengeluar motosikal lain yang ada di Malaysia.”

 

kenyataan Boon Siew Honda mengenai isu enjin Honda mereka kononnya digunakan pihak lain di MalaysiaTimbul pertanyaan mengapa Boon Siew Honda mengeluarkan kenyataan ini?

Mungkin kerana mereka merasakan penjelasan harus dibuat untuk mengelakkan berlakunya apa-apa salah faham atau persepsi yang kurang tepat terhadap jenama Honda pada ketika industri motosikal Malaysia semakin berkembang dengan kedatangan lebih banyak model baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini