madani cover

Berita baik bagi warga Kelantan yang mempunyai saman trafik PDRM dan JPJ tertunggak.

PDRM memberikan diskaun saman sebanyak 50 peratus untuk semua jenis kesalahan trafik kecuali saman kemalangan, kategori tidak boleh kompaun, saman Op Selamat, saman bicara mahkamah, kesalahan berkaitan motolori, kesalahan menggunakan lorong kecemasan, tidak patuh lampu merah, memotong di garisan berkembar dan ubah suai ekzos kenderaaan.

Diskaun saman PDRM 50 peratus sempena Program Malaysia Madani
Diskaun saman PDRM 50 peratus sempena Program Malaysia Madani

Sementara JPJ menawarkan kadar kompaun kadar rata RM150 bagi setiap saman sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS-Saman 53A), 114 (Notis Temu Siasat) dan 115 (Notis Saman Tampal/JPJ(P)23).

JPJ menawarkan kadar rata RM150 bagi sama AWAS
JPJ menawarkan kadar rata RM150 bagi sama AWAS

Tawaran tersebut diberikan sempena Program Madani Rakyat 2025 yang akan berlangsung di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV,di Kota Bharu, Kelantan pada 7 hingga 9 Ogos ini.

Program berlangsung bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Selain diskaun saman trafik pelbagai program menarik turut diadakan sepanjang program 3 hari tersebut.

JPJ sempena program tersebut turut menawarkan penukaran topi keledar percuma kepada 3,000 pengunjung.

Syaratnya, perlu membawa topi keledar lama yang sudah rosak atau tiada SIRIM.

3,000 pengunjung bertuah Program Malaysia Madani di Kota Bharu berpeluang menukar topi keledar baru secara percuma
3,000 pengunjung bertuah Program Malaysia Madani di Kota Bharu berpeluang menukar topi keledar baru secara percuma

Selain itu orang ramai juga boleh membawa motosikal mereka untuk membuat penukaran minyak enjin secara percuma.

Orang ramai turut berpeluang menukar minyak enjin motosikal secara percuma di reruai JPJ
Orang ramai turut berpeluang menukar minyak enjin motosikal secara percuma di reruai JPJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini