JPJ buka bidaan plat MED
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka akan membuka bidaan bagi nombor pendaftaran siri MED bermula 8 hingga 12 Ogos ini.
Proses bidaan tersebut akan dilakukan secara atas talian melalui platform JPJeBid. Keputusan akan diumumkan pada 13 Ogos 2025.
Pemohon yang berminat boleh mengakses laman web jpjebid.jpj.gov.my untuk pendaftaran.
Talian khas 06- 2514000 dibuka bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang untuk maklumat lanjut.
