Dua minggu lalu, kita terima berita sedih tentang kemalangan jalan raya melibatkan seekor tapir dipercayai jenis Tapir Malaya dekat Cherating di Kuantan, Pahang.
Tapir jantan seberat 120kg itu mati akibat dirempuh Perodua Alza semasa melintas jalan di Kilometer 35 Jalan Kuantan-Kemaman kira-kira pukul 12.10 tengah malam.
Ini bukan kes kemalangan jalan raya pertama yang mengorbankan Tapir Malaya sebaliknya satu lagi kes berulang di negara ini. Video di bawah ini menunjukkan seekor Tapir Malaya di kawasan Taman Agroteknologi MARDI Cherating:
LEBIH 112 TAPIR MALAYA MATI KENA LANGGAR
Berdasarkan laporan, sebanyak 112 ekor Tapir Malaya mati akibat dilanggar kenderaan di Malaysia melibatkan di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan lebuh raya sepanjang tempoh lima tahun (sejak 2020).
Statistik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mendapati ada kira-kira 700-800 ekor Tapir Malaya masih berada di habitat asal.
INISIATIF PERHILITIAN
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan pihak PERHILITAN mengambil memberi peringatan awal di beberapa kawasan tumpuan seperti:
- Menyediakan jalur rentas kuning
- Mendirikan papan tanda LED hidupan liar melintas
- Lampu kuning solar di beberapa lokasi (Kedah dan Perak)
PAPAN TANDA LED LINTASAN HIDUPAN LIAR
Pendekatan sama turut dilaksanakan di Selangor oleh pihak Jabatan PERHILITAN Selangor memandangkan lokasi tersebut ada sejarah kemalangan jalan raya membabitkan tapir.
Pada 25 Julai 2025, inisiatif itu dilakukan di Kilometer 10.6 Persiaran Mokhtar Dahari-Puncak Alam kerana kawasan dekat Hutan Simpan Bukit Cherakah itu pernah merekodkan 3 kes kemalangan membabitkan tapir.
Turut dipasang di situ ialah kamera pengawasan (CCTV) untuk tujuan rakaman dan pemantauan. Pengguna jalan raya di situ diminta memperlahankan kenderaan apabila melihat papan tanda tersebut dan bersikap lebih peka.
INFO TENTANG TAPIR MALAYA

View this post on Instagram