Art of Speed edisi 2025 (AOS 2025) akan kembali berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) semalam dua hari pada minggu keempat bulan ini.
Acara akan diadakan pada 26 hingga 27 Julai 2025 dengan pintu dibuka seawal jam 10 pagi sehingga 7 malam. Keluasan ruang dalaman adalah sama seperti tahun sebelumnya iaitu 452,084 kaki persegi.
Namun, tahun ini menyaksikan Art of Speed Malaysia memanfaatkan lebih banyak penggunaan kawasan di luar dewan iaitu 320 ekar berbanding 8.6 ekar pada penganjuran tahun lalu (AOS 2024).
Berapa Harga Tiket AOS 2025
Sedang berlangsung sekarang ialah jualan tiket Early Bird secara dalam talian (online) dengan harga istimewa dengan syarat – sementara stok masih ada. Ini harga Early Bird:
- Weekend Pass: RM35*
- Sunday Pass: RM40*
Kanak-kanak bawah 12 tahun dan pemegang Kad OKU boleh masuk secara percuma.
Satu kelainan tahun ini ialah ada Tiket Valet VIP Parking dengan bayaran RM30 (tunai atau QR pada hari acara). Pembeli tiket valet boleh parkir kereta di Aras Bumi, Dewan D. Ini sah untuk satu hari kemasukan.

Tiket AOS 2025 boleh beli di sini: www.artofspeedmy.com.
Apa yang istimewa di AOS 2025
Ada tiga motosikal akan dibawa ke Malaysia sempena AOS 2025 dan motosikal ini mendapat sentuhan ubah suai tangan. Ini senarai motosikal dimaksudkan:
- BMW R18 “Ground 0” : Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon
- Harley-Davidson Knucklehead chopper : Masa Sugihara dari Luck MC
- Harley-Davidson Flathead : Ben Forster dari Benflathead
Apa yang baru di AOS 2025
- World of Wheels (WOW) iaitu satu segmen istimewa Show & Shine di Dewan A. Ini dibawa MotorTakaful.com.
- Studio fotografi kereta berkonsepkan sistem truss di kawasan luar dewan.
- Studio foto dalaman (indoor) untuk segmen motosikal Show & Shine.
- Ada perarakan kelab kereta pada Sabtu dan Ahad di boulevard utama.
- The Car Club Gathering di kawasan Laman Tiba (kawasan luar) dan kawasan parkir dekat Dewan A.
- Pintu gerbang masuk AOS dapat nafas baharu, LED penuh?
- Beetle Battle anjuran Volkswagen Beetle Club Indonesia.
- Pemenang Best of Show bagi kategori kereta dan motosikal akan ke The 33rd Annual Yokohama Hot Rod Custom Show pada Disember 2025.
AOS 2025 nak kolaborasi dengan siapa?
AOS akan menampilkan lima kolaborasi baru untuk edisi 2025 dan ini senarainya:
- Art of Speed x Hot Wheels Collection
- Art of Speed x FK – memperkenalkan rekaan kasut baharu
- Art of Speed x High Cultured – jenama streetwear tempatan
- Art of Speed x XOCKS
- Art of Speed x MOONEYES – meraikan satu dekad kecemerlangan
Apa cerita Hot Wheels di AOS 2025?
Semuanya akan berkampung di dalam Dewan C. Ini apa yang akan berlaku:
- Hot Wheels Collectors Convention Malaysia ke-3 (HWCCM) akan tampilkan kereta edisi konvensyen “kiri & kanan” pertama di Asia Tenggara.
- Collectible Alley: lokasi pameran dan jualan baru pelbagai diecast dan barangan koleksi kenangan.
- Zon Aktivasi Hot Wheels
- Pameran Rare & Koleksi Hot Wheels
- Swap Buy & Sell
- Sesi perkongsian kolektor
- Pertandingan Kustom Hot Wheels.
- Majlis makan malam rasmi vendor HWCCM akan diadakan di BoraOmbak Marina, Putrajaya. Pereka Produk Hot Wheels, Brendon Vetuskey akan datang sebagai tetamu khas.
Apa lagi ada di AOS 2025
- ThunderCircus “Brotherhood Rally” di kawasan terbuka khas untuk penunggang dan peminat motosikal.
- Project Car Invitational Showcase
- Kulture Kartel di Dewan D dengan lebih banyak vendor, barangan vintaj, pakaian terpakai, fesyen dan streetwear.
- Ada pertandingan B-Boy – Respect Culture South East Asia Qualification. Pemenang akan ke Respect Culture Taiwan World Finals.
- Kopi Saigon jadi rakan kopi rasmi AOS 2025. Hausboom kekal minuman rasmi.
- Santai Scooterist – Perhimpunan mega pemilik skuter
- Perhimpunan kelab kereta moden dan klasik termasuk Alfa Romeo (AROCM), K-Car, Porsche Owners Club dan banyak lagi.
- Roda Rumble 2025 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang disokong Retro Mania.
- Medan Selera
- Payung Kopi dekat pintu masuk Dewan D.
- Flea Market Automotif
- Pelancaran produk atas pentas utama
- Pertunjukan fesyen oleh Sunburst Tribe di dalam Dewan D.
- Moto4sale
- Backdoor Soundsystem Collective – bertentangan dengan Payung Kopi.
- Zon Uji Tunggang – Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, Thunder dan banyak lagi.
SoundCircus Takeover 2025
- Barisan artis seperti Noh Salleh & Restore Iboe, Romantic Echoes, Ruffedge, Luqman Podolski, Sabda Alam, Fugo, Iqbal M, Budak Nakal Hujung Simpang, Chronicalz, 53 Universe, Langkawi Dub Club SoundSystem, Mai Tummada dan ramai lagi.
- SoundCircus Takeover akan berlangsung pada 26 hingga 27 Julai 2025 dari 2 petang hingga 7 malam (Dewan A)
Kembara Pasport
- AOS 2025 memperkenalkan Pasport Pelawat. Gerak dan lawat ruang pameran jenama, siapkan tugasan ringkas, kumpul 6 cop dan anda berpeluang menang hadiah di Wheel of Speed. Hadiah termasuk tiket perjalanan ke Jepun, Indonesia, Thailand dan hadiah lain.





























