Brader Shawn modenas kawasaki - 10

MODENAS melancarkan dua model motosikal baharu ke pasaran Malaysia pada pagi tadi bersempena majlis perasmian Pusat 4S Kawasaki Serdang di Serdang, Selangor.

Dua model terbaharu itu membabitkan dua kategori motosikal edisi 2025 seperti berikut:

  • Adventure touring Kawasaki Versys 1100
  • Sport touring Kawasaki Ninja 1100SX SE

Apa Kata CEO Modenas?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata:

Pelancaran Kawasaki Versys 1100 dan Ninja 1100SX SE edisi 2025 ini membuktikan komitmen strategik kami bersama Kawasaki Motors Ltd. dalam menawarkan motosikal berprestasi tinggi yang memenuhi keperluan pelbagai jenis penunggang.”

Kawasaki Versys 1100 (2025) – Touring Gaya Premium

Kawasaki Versys 1100 (2025)

Kawasaki Versys 1100 didatangkan dalam tiga varian pilihan untuk pasaran Malaysia iaitu:

  • Kawasaki Versys 1100 Standard: RM65,100
  • Kawasaki Versys 1100 S: RM76,600
  • Kawasaki Versys 1100 SE: RM82,900

Ini spesifikasi enjin Kawasaki Versys 1100 (2025):

  • Enjin 4 silinder sebaris 1,099cc yang menghasilkan kuasa 135PS @ 9,000rpm dan tork 112.0 Nm @ 7,600rpm.

Ciri-Ciri Menarik:

  • Bersifat versatil dan sesuai untuk tunggangan.
  • Jarak travel suspensi lebih panjang untuk pelbagai jenis permukaan muka bumi.
  • Posisi kedudukan tunggangan menegak tetapi selesa untuk penunggang dan pembonceng.
  • Penghadang angin boleh laras
  • Tangki 21 liter
  • Ada sistem Clean-Mount Pannier untuk pemasangan kotak simpan barang (box) atas dan kotak sisi.
  • Ada kawalan Jelajah (Cruise Control) elektronik
  • Soket USB Type-C
  • Ada bantuan tunggangan elektronik seperti Kawasaki Cornering Management Function (KCMF), Kawaski Traction Control (KTRC) dan Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS).
  • Dapat naik taraf Kawasaki Quick Shifter (KQS)
  • Mod tunggangan bersepadu (Sport, Road, Rain dan Rider)
  • Varian SE menerima tambahan Kawasaki Electronic Control Suspension (KECS) dengan Showa Skyhook Technology dan lampu belokan LED

Kawasaki Ninja 1100SX SE (2025) – Gabungan Kuasa & Keselesaan

Kawasaki-Ninja-1100-SX-SE

  • Kawasaki Ninja 1100 SE (2025) diperkenalkan dengan harga asas RM79,000.

Ringkasan Spesifikasi Enjin Kawasaki Ninja 1100SX SE:

  • Enjin digunakan jenis 4 silinder sebaris 1,099cc dengan kuasa 136PS @ 9,000rpm dan tork  113.0Nm @ 7,600rpm

Ciri-Ciri Menarik:

  • Casis aluminium untuk kendalian lebih sporty
  • Menawarkan kedudukan tunggangan lebih relaks dan selesa
  • Tangki minyak 19 liter
  • Ada soket USB-Type C
  • Penghadang angin boleh laras secara manual
  • Gear ke-5 dan gear ke-6 kini lebih panjang untuk tujuan cruising lebih baik di lebuh raya
  • Ada bantuan tunggangan elektronik seperti Kawasaki Cornering Management Function (KCMF), Kawaski Traction Control (KTRC) dan Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS).
  • Mod tunggangan bersepadu (Sport, Road, Rain dan Rider)
  • Suspensi Ohlins S46
  • Brek premium Brembo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini