Boon Siew Honda melancarkan model cruiser Honda Rebel 2025 dengan dua warna pilihan. Boon Siew Honda launch Honda Rebel MY2025 with two new colours.

Honda Rebel (2025)

Motosikal cruiser Honda Rebel (2025) kini boleh didapati dengan dua pilihan warna baharu iaitu Matte Dim Grey Metallic dan Pearl Sugarcane Beige menerusi rangkaian Honda BigWing di seluruh negara.

Boon Siew Honda dalam satu kenyataan menyatakan motosikal Honda Rebel (2025) sudah mula diedarkan ke kedai-kedai Honda BigWing bermula Rabu lalu, 18 Jun 2025.

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Honda Rebel (2025)

Honda Rebel (2025) ialah satu-satunya model cruiser kelas pertengahan (500cc) yang ada dalam rangkaian produk Boon Siew Honda di Malaysia.

Kalau tak silap, kali pertama Boon Siew Honda membuat debut Honda Rebel ialah pada 2017 sempena acara Art of Speed. Gambar di bawah ini menunjukkan Honda Rebel (2020).

Selepas itu, Boon Siew Honda ada melakukan dua hebahan berita perubahan warna baharu untuk Honda Rebel pada Disember 2021 dan November 2023.

Harga Honda Rebel (2025)

  • Harga yang dicadangkan untuk Honda Rebel (2025) bermula dari RM33,899. Harga ini tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
  • Jaminan pengilang diberikan adalah dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 kilometer (yang mana tiba dulu).

Enjin dan Kotak Gear Honda Rebel (2025)

  • Spesifikasi untuk Honda Rebel (2025) masih dikekalkan dengan bantuan enjin 4 lejang 2 silinder sebaris 471cc dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api (PGM-FI).
  • Output kuasa enjin Honda Rebel (2025) ialah 34kW @ 8,500rpm dan tork 43Nm @ 6,500rpm.
  • Gerek dan lejang berukuran 67 milimeter dan 66.8 milimeter sekali gus membawa kepada ukuran silinder 471cc.
  • Nisbah mampatan pula adalah 10.7: 1.
  • Kapasiti minyak enjin adalah 2.5 liter untuk Honda Rebel.
  • Transmisi atau kotak gear Honda Rebel (2025) jenis klac manual 6 kelajuan dengan klac Assist & Slipper (A&S).

Ukuran, Dimensi dan Berat Honda Rebel (2025)

  • Dimensi Honda Rebel (2025) adalah 2,205mm panjang x 820mm lebar x 1,090mm tinggi.
  • Jarak roda 1,490mm dan jarak lega bumi 135mm.
  • Ketinggian tempat duduk Honda Rebel (2025) ialah 690mm dan berat kasar motosikal ialah 190kg.
  • Kapasiti tangki minyak Honda Rebel (2025) pula 11.2 liter.

Sistem Suspensi HONDA REBEL (2025)

  • Fork depan jenis teleskopik 41mm.
  • Absober belakang jenis berkembar jenama Showa dengan sistem Pro-Link.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maaf anda tidak dibenarkan untuk salin (copy) dari laman ini